ABOUT ENTRY CBOX LINKS My Link +
Cemburunya Seorang Muslimah

dengan nama Allah yang maha PENGASIH lagi maha PENYAYANG aku bermula :)

Assalamualaikum w.b.t. :)


hah, tarikh hari ni 31 haribulan 12 tahun 2012. lagi beberape jam je lagi tahun 2013 pula bermula. kena tanam azam baru nih. hehe. iaitu untuk cemerlang di dalam peperiksaan SPM. huhu. insyaAllah. amiin ya rabbal alamin :)

 ingat ! kita kena berusaha + berdoa + yakin kepada-Nya = tawakkal. insyaAllah MUMTAZ SUFI ~  :)

okayokay. jgn lari tajuk lagi dah! jom kita mula ceritanya :)

AL-KISAH ~





Saya cemburu dengan awak...........
tp,....
Kita masih kawan kan,??

Suatu hari Aisyah sedang berbual-bual dengan Shera dibawah rendang pohon yang redup…

Shera: Mesti seronok kan dapat jadi awak?

Aisyah: Kenapa pulak? (sambil membetulkan tudung labuhnya yang sedikit ditiup angin)

Shera: Sebab awak adalah awak dan saya jealous dengan awak.

Aisyah: Boleh saya tahu sebabnya?

Shera: Sebab awak baik semacam...kalau solat awak khusyuk, solat sunat pulak selalu awak lazimi.. baca Al-Quran awak fasih..siang awak nampak gembira, bergelak ketawa, tapi malam saya selalu nampak awak menangis di tikar sejadah. Awak cantik, tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je..lembut, penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape-apa, mesti awak jaga niat..awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang. Mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah, Alhamdulillah, masyaALLAH, insyaALLAH’…semualah.. sunnah rasulullah semua awak buat,satu pun takde yang awak tinggal.. saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak..mesti rasulullah rindu awak..(berwajah sedih)

Aisyah: Ooo..macam tu. Kalau macam tu, sayalah orang yang akan lebih jealous dengan awak..

Shera: Kenapa??( wajah itu terus berubah penuh tanda tanya)

Aisyah: Sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul-BETUL grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap-gagap, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH, tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH. Saya lagi JELOUS dari awak..sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya. Rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul-betul SAYA JEALOUS DENGAN AWAK…

~~"I don’t care what you are doing, but I respect who you are. You know why? Because maybe who you are tomorrow will be better than who I am today.."~~


( sumber cerita : facebook )

orite. dah habis dah. hope. dari cerita ini. anta anti semua dapat peroleh isinya, pengajarannya dan bermanfaat bg semua. 



Ya ALLAH semoga kami semua umat islam berada di jalan yang lurus, terhindar dari bala bencana dan terpelihara dari gangguan2 yg tidak sepatutnya. aminn :)

jika ada sebarang cadangan, komen, atau pertanyaan boleh bertanya di cbox :)

segala yg baik dtg dari ALLAH SWT dan yg salah dan silap dtgnya dari diri ana sendiri ~

Waallahhua'lam ~

Assalamualaikum w.b.t. :)

// -->