ABOUT ENTRY CBOX LINKS My Link +
bidadari syurga ^_^

AINUL MARDHIAH



Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain .Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama....

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiahada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai.... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...

ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata...

akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itumendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii......tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.
Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggumakanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut.Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....waallahua'alam..

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yangmenjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akanbesar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

LAGU UNIC - AINUL MARDHIAH (Klik utk dgr) KLIK

ZINNIRAH 

Zinnirah adalah seorang gadis yangberasal dari Rome. Kehidupan keluarganya sangat miskin dan dalamkeadaan serba kekurangan. Ketika berlaku satu peperangan besar di Rome ,Zinnirah terpisah daripada keluarganya lalu menjadi tawanan perang.

Sejak itudia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.
Sejak itudia dijual sebagai hamba dan sering bertukar tangan. Sepanjang menjadi hamba abdi, Zinnirah dilayan dengan kasar dan adakalanya diperlakukan seperti binatang oleh tuannya. Suatu hari Zinnirah berkenalan dengan seorang hamba yang senasib dengannya.
Perkenalan itu akhirnya membawa Nur Islam dalam diri Zinnirah kerana hamba itu menerangkan ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah. Penerangan yang tulus itu membuka hati Zinnirah untuk memeluk Islam. Namun, dia terpaksa melakukan ibadat secara rahsia kerana tuannya memusuhi Islam.

Nasibnya lebih malang apabila dia bertukar tangan kepada bangsawan Quraisy yang sangat berpengaruh masa itu, Umar Al-Khattab. Ketika itu, Umar belum memeluk Islam dan juga tidak mengetahui keIslaman Zinnirah. Umar yang sangat memusuhi Rasulullah terkenal dengan bengis dan kasarnya sehingga digeruni, baik lawan maupun kawan. Akhirnya, Umar mengetahui mengenai keIslaman Zinnirah apabila suatu hari dia mendengar gadis itu membaca al-Quran. Ini menimbulkan kemarahan Umar yang mahu menghukumnya dengan siksaan berat. “Tahukah kamu apa hukuman yang layak untukmu?” Tanya Umar keras dengan wajah bak singa sambil mengheret Zinnirah ke tengah padang pasir. Di situ, Umar mengikat kaki dan tangan Zinnirah dan menjemurnya di tengah panas terik. “Inilah caranya supaya kamu insaf,” katanya lalu meninggalkanZinnirah di situ. Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam

 Walaupun mukanya perit dipanah matahari dan kehausan, Zinnirah tabah menghadapi penderitaan itu sambil mulutnya tidak berhenti membisikkan Allah.. Allah…Apabila melihat hamba abdinya belum insaf, Umar menyeretnya ke pinggir kota dan mengikatnya di tiang. Dia menyuruh orang mengorek mata Zinnirah sehingga buta. Walaupun darah bercucuran daripada matanya dan dia diejek oleh orang kafir Quraisy yang percaya dia dilaknat tuhan Lattadan Uzza, iman Zinnirah tidak luntur malah mampu berkata, “Sekalipun aku dibunuh, kepercayaanku masih tetap pada Allah yang Esa. “Penderitaannya itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as-Siddiq yang membeli Zinnirah dengan harga tinggi. Sejak itu, dia tekun beribadat dan dengan kurnia Allah, kedua-dua matanya yang buta itu bercahaya semula. Peristiwa yang mengagumkan ini menyebabkan ramaiorang Quraisy memeluk Islam


Ummu Rauman

NAMA sebenar Ummu Rauman ialah Zainab binti Amir bin Uwaimir. Dia berkahwin dengan Abdullah bin al-Haris al-Uzdzi. Suaminya merupakan kawan baik dengan Abu Bakar as-Siddiq. Sifat-sifat baik yang ada pada Abu Bakar terpancar pada sikap dan tingkah laku suami Ummu Rauman.
Ummu Rauman dan suaminya tinggal di kota Makkah. Mereka mendapat seorang anak yang diberi nama ath-Thufail. Selepas beberapa lama tinggal di Mekah, suaminya meninggal dunia.
Kematian Abdullah sangat menyedihkan Ummu Rauman. Bagi Ummu Rauman, kematian suaminya adalah satu ujian baginya. Selepas beberapa lama kemudian, kesedihan Ummu Rauman terubat apabila dia dilamar oleh Abu Bakar as-Siddiq.

"Beruntung benar Ummu Rauman. Dia dilamar oleh Abu Bakar. Abu Bakar seorang lelaki yang baik. Dia sering membantu orang yang susah, menghormati tetamu, suka menyambung tali silaturrahim dan suka menegakkan kebenaran," kata seorang perempuan.
Perkahwinan Ummu Rauman melahirkan dua orang anak yang bernama Abdurrahman dan Aisyah. Ummu Rauman seorang wanita yang baik budi pekertinya.

Nabi Muhammad menghormati keluarga Ummu Rauman dan Abu Bakar sehingga beliau mengambil keputusan untuk melamar anak perempuan mereka iaitu Aisyah binti Abu Bakar.
Nabi Muhammad mengutuskan Khaulah binti Hakim pergi melamar Aisyah. Khaulah berkata kepada Ummu Rauman, "Wahai Ummu Rauman, Nabi Muhammad ingin melamar Aisyah".
"Benarkah?" tanya Ummu Rauman tidak percaya.

Khaulah tersenyum sambil berkata: "Ya. Nabi Muhammad telah menyebut nama Aisyah sebagai calon isterinya. Selepas kematian Siti Khadijah, Nabi Muhammad sering bersedih. Lamaran terhadap Aisyah merupakan satu keputusan yang telah dibuatnya".
"Saya perlu sampaikan berita ini kepada Abu Bakar terlebih dahulu," kata Ummu Rauman seperti tidak sabar-sabar menanti kepulangan suaminya.

Berjaya melamar Aisyah
Apabila Abu Bakar pulang ke rumah, Ummu Rauman pun menceritakan kisah yang berlaku tadi. Abu Bakar mendengar berita lamaran Nabi Muhammad dengan perasaan serba salah.
Abu Bakar pun berkata kepada isterinya: "Aisyah telah dilamar oleh Muth'im bin Adiy untuk anak lelakinya. Saya tidak boleh mungkir janji."

Ummu Rauman terdiam seketika. Dia juga memikirkan bahawa janji yang telah dibuat oleh suaminya patut ditunaikan.

Sebentar kemudian Abu Bakar berkata lag: "jika begitu saya perlu berjumpa dengan Muth'im terlebih dahulu. Saya perlu dapatkan keputusan sama ada mereka benar-benar inginkan Aisyah menjadi menantu mereka."

"Saya berpendapat cara itu adalah yang terbaik buat kita," kata Ummu Rauman pula.
Abu Bakar pergi berjumpa Muth'im. Isteri Muth'im turut berada di rumahnya. Abu Bakar pun bertanya: "Jadikah awak mengambil Aisyah sebagai menantu awak?"

Muth'im mendengar pertanyaan Abu Bakar lalu bertanya kepada isterinya: "Awak setujukah untuk menikahkan anak kita dengan Aisyah?"
Isteri Muth'im pun memberitahu Abu Bakar: "Sekiranya anak saya berkahwin dengan Aisyah sudah tentu anak saya akan masuk Islam."
Muth'im dan keluarganya belum memeluk agama Islam. Perkara itu membimbangkan Muth'im dan isterinya.
"Beginilah Abu Bakar, saya dan isteri sudah sepakat tidak jadi menikahkan anak kami dengan puteri awak. Maafkan kami," jelas Muth'im kepada Abu Bakar.

"Jika itu keputusan awak, saya menerimanya dengan hati yang terbuka," balas Abu Bakar pula.
Abu Bakar pulang ke rumah. Di rumahnya, Ummu Rauman sedang menanti kepulangan suaminya itu.
"Bagaimana? Jadikah mereka mengambil Aisyah sebagai menantu," tanya Ummu Rauman tidak sabar-sabar menantikan jawapan dari suaminya.

Abu Bakar menjawab dengan tenang: "mereka tidak sanggup mengahwinkan anak lelaki mereka dengan Aisyah kerana mereka tidak mahu anaknya memeluk agama Islam."

"Syukur, dapatlah Aisyah berkahwin dengan Nabi Muhammad," bisik Ummu Rauman sendirian.
Nabi Muhammad berjaya melamar Aisyah. Pada tahun 2 Hijrah Nabi Muhammad berkahwin dengan Siti Aisyah. Perkahwinan mereka disambut dengan gembira.

Ummu Rauman seorang ibu yang baik. Dia banyak membantu Nabi Muhammad dalam usaha menyebarkan agama Islam. Nabi Muhammad sangat menghormati ibu mertuanya.

Ummu Rauman meninggal dunia pada tahun 6 Hijrah. Semasa Ummu Rauman meninggal dunia, Nabi Muhammad berdoa supaya Allah mengampuni segala dosa Ummu Rauman.

Nabi Muhammad juga pernah berkata: "sesiapa yang ingin melihat wanita bidadari dari syurga, maka lihat Ummu Rauman."


// -->