ABOUT ENTRY CBOX LINKS My Link +
“KALAU TUHAN TU BETUL-BETUL BAIK, KENAPA BUAT NERAKA?”


Seorang gadis Melayu beragama Islam yang jahil bertanya pada seorang Ustaz :
“Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je?
Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?”
Ustaz itu terkedu.
Ustaz itu menjawab : “Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam. Hidup senang. Lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takde. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, kan? Tuhan tu baik.”
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?
Jelas ustaz itu lagi : “Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga, maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji
sebab semua orang akan ‘lulus’ percuma.
Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga. Lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu ‘baik’. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa adil ke?”
Gadis itu terdiam.
Ustaz : “Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih
sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang,
tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah.
Ingatlah, semua yang ada pada kita bukan hak kita. Semuanya adalah pinjaman dari Allah SWT.
Alkisah. . . Balik Kampung ! :)


Maka bermula ~

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.

"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.

"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."

Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni
abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya
tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat
jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata
dalam hati.



Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera ....
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres didepannya tanpa was-was.

"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang."

"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.

"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.

Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.

"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, asyik dok berangan saja, belajar pun malas, kerja pun tak mau, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah!! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar...... dan Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "





kah3. hah ! itu lah. tidur senja lagi. hehe. peace! Salam Ramadan. Ramadan Kareem ! Allahu Akram ^__^


Kelalaian Seorang Suami


Kisah yang menyayat hati . . .

Isteri : Abg , jemput syg malam ni boleh ?

Suami : Kenapa nak kena jemput pula . Selalunya kan syg naik bas kan ?

Isteri : Syg ada "SURPRISE" untuk abg . Syg tunggu abg dekat bus stop depan office ok ?

Suami : Abg banyak kerja . Menyusahkan betul . Lagi 25 minit baru abg sampai !*Suami terus matikan telefon*

2 JAM kemudian , suami sampai , lihat isterinya TIADA di tempat yang dijanjikan . Tanpa fikir panjang , dia terus PULANG . Setibanya di rumah , dia melihat ramai orang di rumahnya . Ibu mertuanya terusmelulu ke arahnya .

Ibu : Kau pergi mana haa !? Isteri kau dirogol & dibunuh . Dia minta kau jemput dia . Tapi kematian yang menjemputnya !

Suami terduduk meratapi mayat isterinya lalu dia membuka telefon bimbitnya .

Terdapat 3 SMS daripada isterinya .

Sms yang pertama : 9:55 - Abg lambat lagi ke ?
Sms yang kedua : 10.05 - Syg sebenarnya nak buat kejutan ulang tahun perkahwinan kita :')
Sms yang ketiga : 10.15 - Ada orang perhatikan syg abg . Syg takut ;(

Suami menangis semahu-mahunya . Dia menyesal sebab mengabaikan isterinya . Dia terkilan kerana lambat menjemputisterinya . Kini dia hanya boleh berharap dapat menjemput isterinya menjadi bidadarinya di syurga kelak :')

sumber - dari bercinta selepas nikah :)

Adil mesti Sama Rata ke?
dengan nama Allah yang maha PENGASIH lagi maha PENYAYANG aku bermula :)

Assalamualaikum w.b.t. :)




Pejuang keadilan versi barat mahupun yang tertipu dengan slogan kesamaratan sebagai sebuah keadilan.

Fahamilah erti keadilan sebenar yang diterangkan ulama Islam, meletakkan sesuatu pada tempatnya dan memberi setiap orang haknya bukan menyamakan semua orang.

Sememangnya ia berbeza, jangan nak memandai.. :)


(sumber : Melayu sepakat islam berdaulat )

segala yg baik dtg dari ALLAH SWT dan yg salah dan silap dtgnya dari diri ana sendiri ~

Waallahhua'lam ~

Assalamualaikum w.b.t. :)

Cemburunya Seorang Muslimah

dengan nama Allah yang maha PENGASIH lagi maha PENYAYANG aku bermula :)

Assalamualaikum w.b.t. :)


hah, tarikh hari ni 31 haribulan 12 tahun 2012. lagi beberape jam je lagi tahun 2013 pula bermula. kena tanam azam baru nih. hehe. iaitu untuk cemerlang di dalam peperiksaan SPM. huhu. insyaAllah. amiin ya rabbal alamin :)

 ingat ! kita kena berusaha + berdoa + yakin kepada-Nya = tawakkal. insyaAllah MUMTAZ SUFI ~  :)

okayokay. jgn lari tajuk lagi dah! jom kita mula ceritanya :)

AL-KISAH ~





Saya cemburu dengan awak...........
tp,....
Kita masih kawan kan,??

Suatu hari Aisyah sedang berbual-bual dengan Shera dibawah rendang pohon yang redup…

Shera: Mesti seronok kan dapat jadi awak?

Aisyah: Kenapa pulak? (sambil membetulkan tudung labuhnya yang sedikit ditiup angin)

Shera: Sebab awak adalah awak dan saya jealous dengan awak.

Aisyah: Boleh saya tahu sebabnya?

Shera: Sebab awak baik semacam...kalau solat awak khusyuk, solat sunat pulak selalu awak lazimi.. baca Al-Quran awak fasih..siang awak nampak gembira, bergelak ketawa, tapi malam saya selalu nampak awak menangis di tikar sejadah. Awak cantik, tapi awak sikit pun tak perasan awak cantik. Awak sangat humble. Muka awak tenang je..lembut, penuh dengan senyuman sampai orang tak puas tengok awak. Kalau nak buat ape-apa, mesti awak jaga niat..awak cuba faham semua orang dan baik dengan semua orang. Mulut awak tak pernah lekang sebut nama ALLAH..semua awak bedal ‘subhanallah, Alhamdulillah, masyaALLAH, insyaALLAH’…semualah.. sunnah rasulullah semua awak buat,satu pun takde yang awak tinggal.. saya jelous sebab mesti ALLAH sayang awak..mesti rasulullah rindu awak..(berwajah sedih)

Aisyah: Ooo..macam tu. Kalau macam tu, sayalah orang yang akan lebih jealous dengan awak..

Shera: Kenapa??( wajah itu terus berubah penuh tanda tanya)

Aisyah: Sebab awak ada cita-cita nak jadi baik macam saya. Bila ALLAH bagi awak hidayah dan awak betul-BETUL grab, awaklah orang yang paling beruntung saat itu. Masa tu, ALLAH ingat awak. Kalau awak baca Al-Quran gagap-gagap, ALLAH gandakan pahala dengan usaha awak tu lebih. Awak lagi cantik dan humble dari saya sebab awak rasa saya cantik dan tak rasa diri awak lagi cantik. Awak selalu jaga niat jugak, niat awak nak buat baik dan menuju kearah kebaikan. Awak juga selalu faham orang lain sebagaimana awak sedang fahami saya sekarang. Kalau mulut saya selalu sebut nama ALLAH, tapi hati awak mesti selalu tersentak dengan nama ALLAH. Saya tahu sebab awak selalu perhati bila saya sebut nama ALLAH. Saya lagi JELOUS dari awak..sebab ALLAH lebih ingat dan sayangkan awak lebih dari saya. Rasulullah mengalukan awak untuk mengingati baginda. Betul-betul SAYA JEALOUS DENGAN AWAK…

~~"I don’t care what you are doing, but I respect who you are. You know why? Because maybe who you are tomorrow will be better than who I am today.."~~


( sumber cerita : facebook )

orite. dah habis dah. hope. dari cerita ini. anta anti semua dapat peroleh isinya, pengajarannya dan bermanfaat bg semua. 



Ya ALLAH semoga kami semua umat islam berada di jalan yang lurus, terhindar dari bala bencana dan terpelihara dari gangguan2 yg tidak sepatutnya. aminn :)

jika ada sebarang cadangan, komen, atau pertanyaan boleh bertanya di cbox :)

segala yg baik dtg dari ALLAH SWT dan yg salah dan silap dtgnya dari diri ana sendiri ~

Waallahhua'lam ~

Assalamualaikum w.b.t. :)

// -->